Skip to content →

Ringkasan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek ( PENJANA )

Ringkasan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek:

1. Kerajaan akan perkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

2. 3 teras utama: Perkasa rakyat, pacu perniagaan, merangsang ekonomi.

3. Program Subsidi Upah dilanjutkan selama 3 bulan lagi.

4. Program Insentif Pengambilan Pekerja. Insentif RM800 dan RM1000 akan diberikan selama 6 bulan.

5. Elaun latihan sebanyak RM4000 boleh dituntut walaupun bukan pencarum skim insuran pekerja.

6. Insentif kepada majikan peluang perantis pada kadar RM600 sebulan.

7. RM2bilion program peningkatan kemahiran untuk yang sedang menganggur dan belia.

8. Program peningkatan kemahiran untuk pengganggur.

9. Geran RM50 juta untuk pekerja ekonomi gig untuk mencarum pekerja dalam PERKESO dan KWSP.

10. Jawatankuasa Khas Pekerja Nasional akan ditubuhkan.

11. Insentif percukaian dan perlindungan insuran kepada pekerja.

12. Program MY30 – pas perjalanan bulanan tanpa had selama 6 bulan.

13. Kumpulan OKU dan Ibu Tunggal layak menerima bantuan One off sebanyak RM300.

14. Peruntukkan RM50 juta untuk Skim Kesihatan Peka 40.

15. Internet percuma 1GB dari 8pagi hingga 6petang, akses percuma tanpa had sehingga December 2020.

16. Geran padanan RM140 juta untuk sesi latihan, subsidi penjual dan bantuan penjualan dibawah platform e-dagang.

17. Kempen Shop Malaysia Online untuk berbelanja di platform online.

18. Pemberian geran dan pinjaman berjumlah RM700 kita kearah pendigitalan operasi.

19. Sektor perbankan akan tawarkan untuk skim pembiayaan PKS PENJANA sebanyak RM2bilion.

20. RM1 bilion pembiayaan pelancongan PENJANA.

21. RM400 juta dana pembiayaan Mikrokredit PENJANA.

22. Pembiayaan mudah melalui PUNB dan MARA kepada usahawan Bumiputera.

23. SME Bank akan sediakan bantuan aliran tunai.

24. Insentif cukai kepada syarikat termasuk bagi ujian saringan Covid 19.

25. Geran padanan berjumlah RM10 juta untuk aktiviti perusahaan sosial.

26. Rebat cukai pendapatan sehingga RM20 ribu untuk tempoh 3 tahun taksiran kepada syarikat baru yang ditubuhkan.

27. Pengecualian duti setem kepada PKS.

28. Dana PENJANA Nasional bernilai RM600 juta untuk memacu proses pendigitalan.

29. RM100 juta untuk tubuhkan National Technology and Innovation Sandbox.

30. Pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

31. Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia.

32. RM50 dikerditkan kepada e-dompet pengguna.

33. Kempen Pemilikan Rumah diteruskan.

34. Had pembiayaan kepada pinjaman rumah ketiga bernilai lebih RM600 ribu.

35. Pengecualian cukai jualan sebanyak 100% bagi kereta penumpang pemasangan tempatan dan 50% untuk kereta import.

36. Waktu perkhidmatan UTC dilanjutkan.

37. Galakan cukai bagi syarikat luar negara untuk jana pelaburan.

38. Dana Strategik Pelaburan Tempatan diteruskan.

39. Insentif kepada sektor pelancongan – Mengecualikan cukai pelancongan sepenuhnya. Mengecualikan cukai penginapan.

40. Bantuan bernilai RM225juta untuk industri seni, kebudayaan dan kreatif.

41. RM350 juta untuk Skim Pembiayaan Mikro Agro-Makanan.

42. Pengecualian 100% duti eksport minyak sawit mentah.

43. Menggubal rang Undang-Undang Covid 19 bagi pelepasan sementara.

44. Terbitan SUKUK PRIHATIN untuk penyertaan orang awam dalam membantu merangsang ekonomi negara.

#bersamamenjanaekonomi #penjana #kerajaanprihatin

Published in Uncategorized

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *