Skip to content →

Pandemik Covid-19 dan kerajaan Perikatan Nasional

Pada 16 Mac 2020 yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa langkah drastik yang perlu diambil termasuklah penutupan sempadan dan pengawasan pergerakan penduduk menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung selama 4 fasa: –

  • Fasa 1 (18 – 31 Mac 2020)
  • Fasa 2 (1 – 14 April 2020)
  • Fasa 3 (15 – 28 April 2020)
  • Fasa 4 (29 April – 12 Mei 2020)

Kerajaan telah menggariskan beberapa perintah larangan sepanjang PKP iaitu: –

  1. Larangan menyeluruh bagi pergerakan dan perhimpunan di seluruh negara termasuklah aktiviti sosial, keagamaan, sukan dan kebudayaan.
  2. Sekatan menyeluruh bagi perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Warganegara Malaysia yang baru pulang dari luar negara diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara kendiri selama 14 hari.
  3. Sekatan menyeluruh pelancong dari luar negara.
  4. Penutupan semua institusi pendidikan peringkat rendah bermula dari taska hinggalah pra-universiti.
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

Sehubungan itu, Perdana Menteri ke-8 juga telah mengumumkan beberapa dana bantuan khas kepada rakyat dan juga sektor ekonomi yang terjejas akibat daripada penutupan operasi yang dikenali sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang terbahagi kepada 3 matlamat utama: –

 

LINDUNGI RAKYAT

Membendung Penularan COVID-19

  1. Peruntukan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membeli peralatan perubatan dan perlindungan diri. 
  2. Dana khas RM8 juta untuk kos ujian penyaringan.
  3. Elaun khas RM600 sebulan kepada kakitangan kesihatan yang berkhidmat.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPN)

  1. Pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah menerima bantuan sebanyak RM1,600.
  2. Pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000 menerima bantuan sebanyak RM1,000.
  3. Bujang dengan pendapatan RM2,000 ke bawah menerima bantuan sebanyak RM800.
  4. Bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000 menerima bantuan sebanyak RM500.
  5. SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Bantuan Kepada Pelajar

  1. Peruntukan RM270 juta berupa bantuan RM200 kepada setiap pelajar IPTA.
  2. Soalan lazim bantuan pelajar

Bantuan Kepada Kumpulan Mudah Terjejas

  1. Peruntukan RM25 juta untuk warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, golongan orang kurang upaya (OKU), gelandangan dan orang asal.

Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

  1. Penangguhan bermula dari 1 April 2020 sehingga 30 September 2020 melibatkan kutipan sebanyak RM149.2 juta.

mySalam

  1. Peruntukkan RM50 setiap hari selama 14 hari kepada golongan B40 yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19.

Skim Persaraan Swasta

  1. Pengeluaran sebanyak RM1,500 sebulan dari Akaun B PRS tanpa penalti dari April hingga Disember 2020.

Pengecualian Dan Penangguhan Bayaran Sewa Rumah Dan Premis Perniagaan

  1. Pengecualian bayaran sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) selama 6 bulan dengan jumlah kos sebanyak RM3 juta.
  2. Penangguhan rumah sewa untuk milik (RTO) selama 6 bulan dari April hingga September 2020.
  3. Pengecualian pembayaran Perumahan Awam.
  4. Pengecualian pembayaran sewaan premis milik Kerajaan Persekutuan selama 6 bulan.

Diskaun Bil Elektrik

  1. Peruntukan RM1.03 bilion bagi tujuan diskaun bil elektrik.

Insentif Perkhidmatan Telekomunikasi

  1. Internet percuma kepada semua pelanggan bernilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tamat PKP.
  2. Peruntukan RM400 juta untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian.

Bantuan Kakitangan Kerajaan Dan Pesara

  1. RM500 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah dan yang bekerja secara kontrak.
  2. RM500 kepada pesara kerajaan.

Jaminan Makanan

  1. Peruntukan RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi.
  2. Peruntukan RM100 juta untuk kemudahan infrastruktur penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
  3. Peruntukan RM64.4 juta kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan.

Program Pengekalan Pekerjaan

  1. Peruntukan RM5.9 bilion untuk Program Subsidi Upah bagi membantu majikan mengekalkan pekerja.

Bantuan Tunai Pemandu e-Hailing

  1. RM500 untuk pemandu e-Hailing.
  2. RM600 untuk pemandu teksi.

Tanggungan Gaji Pekerja Di Bawah Kontrak Kerajaan Dalam Tempoh PKP

  1. Peruntukan RM110 juta untuk membayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor dalam tempoh PKP.

 

SOKONGAN PERNIAGAAN

 

Dana Bagi Membantu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)

  1. Peruntukan RM4.5 bilion yang merangkumi: –
  • RM3 bilion untuk tabung Bantuan Kemudahan Khas.
  • RM1 bilion untuk tabung Kemudahan Semua Sektor Ekonomi.
  • RM500 juta untuk tabung Skim Kredit Mikro.
  • PKS yang beroperasi kurang 4 tahun skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
  • Kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi PKS yang sukar mendapatkan pinjaman.

Membantu Aliran Tunai Syarikat

  1. Mengurangkan bebanan aliran tunai syarikat –
  • Memperkenalkan Khidmat Rundingan Majikan yang merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  • Pengecualian pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020 bernilai RM440 juta.
  • Penangguhan  pembayaran  ansuran  cukai  pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020.

Program Kewangan Sosial

  1. Sumbangan kewangan sosial yang disalurkan dalam bentuk modal permulaan bagi usahawan mikro melalui dana zakat.

Kemudahan Skim Jaminan Kepada Korporat

  1. Menyediakan  kemudahan  skim  jaminan  berjumlah  RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan  modal  kerja.

MEMPERKUKUH EKONOMI

Menumpukan kepada Aktiviti Pelaburan Domestik

  1. Peruntukan RM2 bilion untuk menambah baik infrastruktur awam bermula pada April 2020 untuk memanfaatkan kontraktor G1 hingga G4.

Memastikan Kedudukan Fiskal dan Hutang yang Mampan

  1. Suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 bilion untuk membantu mengurangkan beban rakyat dan pemilik perniagaan.

Sepanjang perlaksanaan PKP di seluruh negara telah menyaksikan perubahan “norma” baharu yang amat ketara di mana sebelum ini rakyat bebas untuk bergerak kini terpaksa berkurung hampir 2 bulan yang memaksa segala transaksi seperti pembelian keperluan asas dilakukan secara dalam talian bagi mengurangkan interaksi secara langsung antara pelanggan dan peniaga. 

Pihak peniaga yang juga turut terkesan terutamanya industri yang tidak mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP di mana mereka terpaksa mengubah modus operandi dalam tempoh yang singkat kepada perniagaan dalam talian bagi mengelakkan perniagaan mereka daripada terjejas teruk. Walaupun ramai peniaga terutamanya warga emas dan di luar bandar berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan teknologi, namun kerajaan tetap jitu dalam menyediakan platform serta latihan bagi membantu golongan peniaga membuka peluang baru di mana ia selari dengan usaha kerajaan sebelum ini untuk memperkasakan perniagaan dalam talian.

Bermula dari 4 Mei 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi berada di bawah pengawasan PKP sebaliknya bertukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas negara berjaya mengekang sebahagian besar kluster penularan wabak dan memenuhi 6 kriteria yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menangani pandemik COVID-19. 

Dengan pengumuman ini bermakna sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan untuk kembali beroperasi dengan syarat mereka hendaklah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan seperti penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai penutup mulut dan hidung serta membuat laporan segera kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat jangkitan di premis perniagaan.

Namun begitu, tidak mustahil jika rakyat dan peniaga akan terus memilih untuk kekal di rumah dan melakukan transaksi secara dalam talian sehingga kes aktif COVID-19 mencapai angka sifar.

Published in Uncategorized

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *